Skip to product information
1 of 1

Iman Shoppe Bookstore

Membina Kekuatan Jiwa Melalui Surah Al-Fatihah by Azrul Azlan & Mohd Yusof Arbain

Membina Kekuatan Jiwa Melalui Surah Al-Fatihah by Azrul Azlan & Mohd Yusof Arbain

Regular price RM45.00 MYR
Regular price Sale price RM45.00 MYR
Sale Sold out

Penulis: Azrul Azlan & Mohd Yusof Arbain
Penerbit: Tadabbur Centre
Tahun Terbit: Disember 2020
Bahasa: Melayu
Genre: Tadabbur
ISBN: 9789671708415
Ketebalan: 206 m/s
Format: Soft cover
Halaman: Berwarna

Surah Al-Fatihah merupakan asas untuk memahami 113 surah yang lain.

Memahaminya juga umpama kita memahami tafsiran kitab Allah yang diturunkan.

Kata al-Imam al-Basri yang disebutkan dalam kitab Syu'ab al-Iman: Sesiapa yang mengetahui tafsirannya (surah al-Fatihah), dia seolah-olah mengetahui keseluruhan tafsiran kitab Allah yang diturunkan.

Justeru itu, inilah antara sebab mengapa surah al-Fatihah merupakan surah yang wajib dibaca di dalam solat. Tanpa bacaan surah ini, solat ditunaikan adalah tidak sah.

Buku ini membawa pembaca ke arah satu sisi pandang yang baharu. Ia bukan sekadar surah yang dibaca tanpa difahami maknanya di dalam solat.

Pemahaman dan pelaksanaan tuntutan surah ini akan membina kekuatan jiwa seterusnya menjadi perisai untuk berhadapan segala bentuk ujian yang diberikan di dunia.

Susunan buku ini adalah berdasarkan metodologinya yang tersusun.

Penulis membawakan perbahasan riwayat-riwayat yang sahih sahaja daripada al-Quran dan hadis.

Buku ini sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat kerana surah al-Fatihah dibaca oleh orang Islam yang menunaikan solat pada setiap hari.

Kehadiran karya ini juga merupakan salah satu usaha untuk 'membumikan' al-Quran kepada masyarakat melalui perbahasan dan penggunaan bahasa yang mudah untuk difahami.

Antara isi kandungan buku ini ialah:

  • Memahami tadabbur
  • Kehalusan bahasa surah Al-Fatihah
  • Tafsir & tadabbur satu per satu ayat daripada surah Al-Fatihah
  • Cadangan resolusi setelah selesai mentadabbur surah Al-Fatihah
  • Hubungan surah Al-Fatihah dengan 113 surah yang lain
  • Infografik & ilustrasi berwarna yang mudah difahami
View full details